Kereta paling jimat minyak di Malaysia

Harga minyak makin meningkat menyebabkan pengguna kenderaan mencari cara untuk menjimatkan pengunaan minyak, syarikat automotif juga mula mengeluarkan kenderaan yang menjimatkan minyak, hybrid dan juga kerana yang mengunakan 100% elektrik.

Senarai dibawah mungkin dapat membantu semua memilih kenderaan yang mana sesuai dengan anda.

Mitsubishi Mirage

Pengunaan minyak : 21km/L
Enjin kapasiti : 1.2L, 74bhp

Hyundai i10

Pengunaan minyak : 18.9km/L
Enjin kapasiti : 1.1L, 64bhp

Volkswagen Polo Sedan

Pengunaan minyak : 15.4km/L
Enjin kapasiti : 1.6L, 101bhp

Perodua MyVi 1.3

Pengunaan minyak :  17km/L
Enjin kapasiti :  1.3L, 99bhp

Toyota Prius C Hybrids

Pengunaan minyak : kira- kira 35km/L
Enjin kapasiti :  1.5L , 60bhp

Credit: mediaroket.blogspot.com

Cara Menjimatkan Minyak Petrol

autokl_tips jimat minyak

sumber gambar: mediaroket.blogspot.com

  1. Tekan pedal minyak perlahan-lahan apabila memulakan perjalanan.
  2. Tutup suis A/C dan gunakan “blower” tanpa pendingin udara. Cara ini amat sesuai pada waktu pagi dan malam
  3. Ekori belakang kenderaan seperti bas, lori atau van dengan jarak yang selamat supaya rintangan udara (aerodinamik) dapat di kurangkan.
  4. Minimumkan berat muatan kenderaan anda supaya kenderaan lebih ringan dan kurang memerlukan bahan api untuk bergerak
  5. Kurangkan penggunaan brek dengan mengurangkan kelajuan sebelum hendak berhenti kerana apabila membrek ketika kenderaan sedang bergerak laju, ia sedang membazirkan bahanapi tanpa memberi faedah kepada anda.
  6. Rancang perjalanan anda dengan bijak, cari jalan pintas dan elakkan kesesakan trafik. Jalan yang sedikit jauh tetapi kurang trafik adalah lebih jimat daripada jalan yang penuh kesesakan trafik.
  7. Pastikan anda menggunakan gear yang betul. Penggunaan gear rendah untuk kelajuan yang tinggi akan mengakibatkan kerugian bahan api. Enjin kenderaan berfungsi dengan baik pada RPM 1500 ke 2500. Pandu kereta dengan kelajuan yang konsisten.
  8. Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan pada model kereta dan jenis tayar yang digunakan. Seminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh nyata menjimatkan minyak.
  9. Tutup tingkap kereta ketika memandu, ia akan menjimat minyak anda sehingga 10%.
  10. Elakkan memasang peralatan tambahan yang tidak aerodinamik seperti alat pengangkutan barang di atas bumbung.
  11. Buat pemeriksaan enjin dari masa ke semasa. Enjin yang lama biasanya kurang efisien. Cuba lakukan pemeriksaan “Compression test” di bengkel yang mempunyai peralatan tersebut.
  12. Pastikan kereta diselenggara dengan baik. Servis kereta mengikut jadual. Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda. Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan.
  13. Periksa penapis udara (tukar 40 000 km sekali).
  14. Matikan enjin kereta ketika menunggu. Lebih murah untuk menghidupkan semula enjin daripada menunggu 1 minit di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup.
  15. Gunakan tayar kereta yang mempunyai special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang).
  16. Kurangkan beban kereta. Barang-barang yang tidak perlu dalam kereta perlu dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan.
  17. Membuat isian semula minyak apabila takat minyak tidak kurang daripada separuh tangki kenderaan. Isikan minyak sehingga tangki penuh. Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong kerana minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin.

Credit : tipspenjagaankereta.blogspot.com

10 Cara Mengenalpasti Kereta Rosak akibat banjir

Perkataan banjir kerap didengari sekarang,malah mengikut berita terkini , lapan buah negeri telah dilanda banjir sekarang ini.Tahun ini, negeri Kelantan paling teruk menerima kesan akibat banjir.Isu banjir ini secara tidak sedar telah berlarutan selama 2 minggu . Mengikut sumber berita Astro Awani , Bilangan mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 93,407 orang berbanding lebih 80,000 mangsa semalam.

Banjir berlaku tidak kira di mana, walau tanah tinggi Cameron sekalipun. Kebanyakan harta benda akan musnah jika “banjir” sudah mengetuk pintu rumah anda, termasuklah kereta. Malang sekali, hampir semua insurans kereta tidak memberi perlindungan jika kereta dilanda bencana alam, seperti ditimpa pokok, diterbalikan oleh ribut kencang, dan termasuklah kereta yang ditenggelami air banjir.

Apabila terkena banjir teruk, kereta yang ditenggelami separa atau sepenuhnya sering diklasifikasikan sebagai “totaled”, “gone case”, lalu terpaksa dilupuskan. Walau bagaimanapun, sesetengah kereta ini, berakhir di kedai kereta terpakai.
Pembeli perlu berhati-hati, kerana tidak semua peniaga akan berterus terang dengan anda  apabila kereta tersebut pernah rosak disebabkan banjir, dan ia bakal menjejaskan kewangan anda suatu hari nanti. Walaupun kereta kelihatan baik dan seolah-olah berfungsi dengan baik , masalah yang bakal menelan belanja mahal boleh muncul kemudian hari disebabkan hakisan karat yang terus menjalar di dalam komponen kritikal. Selain daripada wang, kereta seperti ini boleh membahayakan pemandu dan mungkin boleh membawa maut.

kete_sadai-940x470

Kereta tenggelam banjir di Kelantan

Malangnya , kenderaan yang rosak disebabkan banjir ini agak sukar untuk dikenal pasti , tetapi terdapat tanda-tanda boleh membantu anda dalam proses ini. Berikut adalah 10 cara untuk menentukan sama ada sebuah kereta terpakai dihadapan anda adalah sebuah kereta yang boleh diguna pakai atau hanyalah besi buruk berkarat yang disalut cat berkilat. Di harap nukilan ini dapat membantu mereka yang ingin membeli kereta terpakai di pantai timur.

1 – Jadi pembeli bijak

Tempat yang baik untuk memulakan pencarian anda untuk membeli sebuah kereta terpakai adalah berbincang dengan seorang penjual kereta yang bereputasi. Pengedar atau penjual berpengalaman yang baik tidak akan mengambil risiko dengan merobek pelanggan mereka. Terus terang tanya penjual jika kereta anda minat itu pernah rosak disebabkan banjir, dan dapatkan jawapan secara bertulis. Jika anda tidak menerima sekurang-kurangnya jawapan “tidak yang diyakini” atau penjual kelihatan teragak-agak untuk memberi jawapan itu secara bertulis, ia adalah suatu sebab untuk anda risaukan.

Anda juga boleh meminta penjual tersebut untuk melihat geran kereta, untuk mengenal pasti kereta itu datang dari kawasan banjir ataupun tidak. Akhir sekali, anda perlu berhati-hati dengan kereta terpakai yang berasal daripada kawasan banjir yang mana harganya jauh murah berbanding pasaran. Pasti ada sebabnya. Awas!

2 – Pemeriksaan Bau

Cara paling pantas untuk menghidu sama ada kereta itu mempunyai kerosakan banjir adalah untuk benar-benar menghidu baunya. Amat sukar sekali untuk menghilangkan bau berkulat kereta banjir, dan pembentukan cendawan adalah satu tanda pasti bahawa kereta itu pernah terdedah kepada sejumlah air yang banyak. Bau yang tidak menyenangkan adalah petunjuk berguna untuk bakal pembeli.

Jika anda dapati terdapat bau kulat, anda mungkin sedang berhadapan dengan kereta yang pernah rosak akibat banjir. Jika anda masih tidak pasti, tutup tingkap dan pintu, duduk di dalamnya, dan tarik satu nafas panjang untuk menghidu sama ada terdapat bau kulat atau tidak. Sila ambil perhatian jika di dalam kereta terdapat alat penyegar udara, kerana itu juga adalah satu tanda yang penjualnya sedang berusaha untuk menghilangkan suatu bau yang tidak menyenangkan, yang mungkin bau muntah bayi, dan mungkin juga bau kulat. Siapa tahu, bukan?

3 – Pemeriksaan dengan sentuhan

Bersama-sama dengan deria bau, sentuhan tangan adalah penting untuk memeriksa kadar kelembapan dalam sebuah kereta terpakai. Air banjir cenderung untuk berkumpul di lokasi tertentu di tempat-tempat yang mana penjual pun boleh terlepas pandang.

Periksa karpet di tempat-tempat yang berbeza untuk mencari jika terdapatnya kelembapan. Jika anda boleh, angkat karpet untuk memeriksa kelembapan di bawahnya. Dengan ini anda juga boleh melihat tanda-tanda kerosakan diakibatkan air, seperti karat. Pastikan untuk membuka bonet kereta dan periksa karpet di situ. Kemudian keluarkan tayar ganti dan periksa apa yang ada di bawah.

4 – Periksa tanda-tanda kakisan

Kakisan adalah penderitaan biasa sebuah kereta yang pernah menghadapi banjir. Kerosakan yang anda lihat hari ini bukan satu-satunya punca karat, kerana kakisan juga akan terus memakan komponen kereta, walaupun selepas sekian lama kereta itu kering.

Karat dan kakisan senang dilihat. Lihat tanda-tanda karat pada logam di dalam dan luar. Jika anda melihat karat pada skru, engsel pintu, atau braket di bawah papan pemuka, anda tahu bahawa logam tersebut pernah mempunyai hubungan yang signifikan dengan air.

Untuk memeriksa dengan lebih teliti, buka pintu dan lihat di mana pintu bersentuhan dengan  badan kereta. Kakisan sering berlaku di sudut tersebut. Periksa semua empat pintu, termasuk bawah, dalam dan luar kereta.

Akhir sekali, gunakan cermin kecil dan lihat di bawah tempat duduk. Periksa jika spring berkarat. Selain daripada itu, gunakan cermin untuk memeriksa bahagian bawah kereta untuk serpih atau  logam yang telah reput dan tanda-tanda hakisan yang lain.

5 – Kerosakan pada fabrik

Fabrik yang meliputi dalaman kereta boleh mendedahkan “cover-up” banjir. Sila periksa dengan teliti setiap fabrik – hadapan, belakang dan di bawah kerusi. Cari kesan air berwarna coklat. Satu lagi petunjuk ialah kualiti karpet. Jika kereta itu berusia 10 tahun tetapi karpet kelihatan baru, pasti ada sesuatu yang tidak kena.

Selain itu, jika fabrik pada tempat duduk tidak sama dengan bahagian-bahagian yang lain, seperti pudar, lebih baru atau bercorak yang tidak sekata, maka mungkin seseorang telah mengeluarkan bukti-bukti kesan air berwarna coklat pada fabrik asal. Karpet yang longgar juga memerlukan penelitian lanjut.

Jangan lupa untuk membandingkan karpet lantai dengan fabrik pada pintu dan bumbung untuk memastikan mereka semua datang dengan usia dan warna yang sama.

6 – Pandu Uji

Sistem elektrik kereta yang telah dikompromi adalah kritikal dan berpotensi mengancam nyawa kerana terdedah kepada jumlah air yang tinggi untuk jangka masa yang panjang . Anda perlu menguji kereta dengan secukupnya untuk memastikan semua komponen elektrik beroperasi dengan baik.

Pertama , periksa bahagian bawah papan pemuka dan perlahan-lahan bengkok wayar elektrik untuk melihat jika ianya rapuh . Jika ya, ia mungkin disebabkan telah terendam di dalam air. Bagaimanapun, anda tetap perlu membuat pandu uji ,dan anda perlu mencuba semua alat elektronik di dalamnya.

Semasa menghidupkan enjin, sila ambil perhatian terhadap apa-apa bunyi yang tidak dijangka, dan gunakan mata dan hidung untuk melihat jika ada asap muncul dari mana-mana. Pastikan semua lampu papan pemuka menyala, termasuk lampu depan belakang, dan lampu-lampu lain. Hidupkan penghawa dingin , pengelap cermin, dan jangan lupa untuk menghidupkan radio.

banjir003

kenderaan 4×4 amat berguna ketika banjir

7 – Periksa minyak enjin

Perubahan dalam warna dan kelikatan mungkin menunjukkan bahawa air telah masuk ke dalam minyak enjin. Jika anda biasa dengan memeriksa tahap dan kualiti minyak anda sendiri, anda mungkin dapat mengenal pasti kenderaan yang rosak akibat banjir dengan melakukan pemeriksaan minyak. Apa-pun, itu pun kalau penjual tidak menukar minyaknya lagi.

Minyak dalam kereta yang terjejas akibat banjir akan bertukar warna, kadang-kadang boleh di samakan seperti warna kopi susu atau susu kocak coklat. Minyak kelihatan pucat di mana ia sepatutnya gelap. Minyak yang telah terjejas oleh banjir juga mungkin terasa melekit apabila disentuh. Jangan lupa periksa penapis udara juga ya.

8 – Indikasi pada lampu.

Terdapat beberapa tempat di kereta yang tidak akan kering tidak kira betapa gigih seseorang untuk cuba untuk menutup (cover-up) kerosakan akibat banjir. Teliti setiap lampu, kerana ia mungkin kelihatan berkabus apabila air telah terkumpul di dalam.

Bagi kebanyakan kereta di negara panas dan lembab seperti Malaysia, keretakan pada lampu juga akan menyebabkan lampu berkabus kerana air hujan masuk ke dalam lampu. Perkara yang sama boleh terjadi di dalam panel instrumen.

9 – Kekotoran kecil

Semasa kereta  ditenggelami air atau separa terapung dalam banjir, air akan membawa masuk semua bentuk serpihan, seperti rumput, kotoran, pasir dan keladak. Apabila paras air surut, air mungkin akan hilang, tetapi selainnya akan kekal. Adalah sukar bagi seseorang untuk membersihkan semua itu sepenuhnya.

Apabila memeriksa sebuah kereta terpakai, anda dinasihatkan untuk periksa di tempat-tempat di mana lumpur dan rumput boleh kekal selepas banjir. Ini termasuk kawasan-kawasan berikut:

• di dalam dan di bawah kotak sarung tangan (glove box)
• celah enjin
• tempat bagasi
• di bawah tayar ganti
• di bawah papan pemuka
• di bawah tempat duduk
• di bahagian dalam roda
• sekitar pendawaian kereta

10 – Mempercayai mata mereka yang pakar

Car

Dapatkan Khidmat mekanik yang betul dan berpengalaman

Walaupun kereta terpakai dikatakan pelaburan yang bijak, tetapi anda pasti tidak mahu membeli kereta rosak yang akan menelas kos yang banyak dalam jangka masa panjang. Jika selepas pemeriksaan anda sendiri anda masih tidak pasti kereta tersebut dalam keadaan baik, sila dapatkan bantuan pakar, iaitu mekanik.

Seorang mekanik yang pakar akan tahu di mana untuk mencari tanda-tanda kerosakan banjir. Lebih-lebih lagi tempat-tempat yang anda mungkin tidak tahu bagaimana untuk memeriksa, seperti alternator, mekanisme pendawaian tertentu dan pam.

sekian.

#pray4pantaitimur #doautkmangsabanjir #banjirkelantan #banjirkemamam #banjirkuantan

SUMBER : howstuffworks

IMG_20141226_235128

Sama2 Berdoa untuk Pantai Timur

Tips Membeli Kereta Terpakai

Buat Pilihan Jenama Yang Tepat Sebelum Membeli Kereta

Pilihan yang tepat amat penting sebelum anda memutuskan untuk membeli kereta. Beberapa perkara yang mesti dipertimbangkan…. kecuali anda memang betul-betul berminat dengan kereta dan jenama tersebut, kalau tak beli anda boleh jadi makan tak lalu mandi tak basah…. juga anda orang berduit bolehlah teruskan dengan minat anda.

Perkara utama yang mesti dipertimbangkan ialah:

  1. Reliabilty dan quality sepatutnya menjadi perkara utama dalam memilih kereta. Ketepatan dalam memilih jenama yang berkualiti mengelakkan anda tidak perlu mengeluarkan wang dan masa yang banyak untuk berulang-alik ke bengkel. Biasanya kereta ini tak banyak meragam… selesa dipakai dan handlingnya baik walaupun usia melebihi 10 tahun.
  2. Pilihlah kereta yang banyak dipakai orang dan masih ramai lagi orang yang memakai jenama ini walaupun usia kereta sudah lanjut. Biasanya kereta-kereta yang banyak dipakai orang mudah untuk mendapatkan spare part. Spare partnya pun tidaklah mahal sangat. Jenama proton (tak semua model) dan perodua dari buatan tempatan mungkin boleh dipertimbangkan. Begitu juga jenama dari Jepun seperti Toyota, Honda dan Nissan merupakan pilihan ramai.
  3. Maintenance rendah. Bagi orang yang ingin jimat duit lebih baiklah cari kereta yang senang untuk dijaga dan kosnya agak rendah untuk dibaiki. Kereta-kereta Korea dan Eropah biasanya spare part mahal dan kadang-kadang susah untuk dapatkan spare partnya.
  4. Harga kereta. Biasanya kereta yang kurang demand di pasaran harganya agak murah walaupun masih baru…kenape? Faktornya adalah sebagaimana yang dibincangkan di atas.

Berhati-Hati Semasa Membeli Kereta Terpakai

Biasanya kereta-kereta yang ada dijual di kedai-kedai used car ada ‘masalah’, sama ada sedikit atau banyak. Sekiranya anda tersilap beli anda akan menghabiskan duit dan masa dengan keluar masuk woksyop. Semasa melihat-lihat kereta yang nak dibeli sebaiknya fikirkan dulu kenapa agaknya owner asal jual kereta ni… Ada sebab-sebab tertentu orang jual kereta di antaranya;

  1. Tak mampu bayar hutang yangmana akhirnya terpaksa dijual. Biasanya kereta ini masih baru dan untung juga owner kedua kerana kereta ini kurang masalah atau tidak ada masalah langsung – pakai je. Ada juga kereta yang ditarik dan dibeli oleh used car semasa lelongan bank.
  2. Pada pandangan aku orang kaya terutama ahli perniagaan biasanya tak pakai lama kereta iaitu sekitar 3 tahun shj (itupun dah dikira lama). Mereka akan sentiasa mengikut perkembangan model kereta ..yalah banyak duit katakan…dan bagi mereka kereta adalah untuk menunjukkan keyakinan kepada customer mereka. Biasanya orang kaya akan lanyak kereta mereka cukup-cukup…ya lah tak ada niat pakai lama katakan.. .Namun ada juga yang orang kaya yang ada sampai 5/6 biji kereta..so yang ni kereta mereka tak lasak kerana kurang diguna.
  3. Owner asal jual kerana kereta sudah mengalami accident yang teruk.
  4. Ada orang jual kereta kerana sudah tak tahan asyik berulang alik worksyop…bukan kerja kat woksyop tapi terpaksa ke sana kerana kereta meragam.
  5. ada orang jual kereta kerana tak puas hati dengan performancenya.
  6. Kereta yang umurnya melebihi 5 tahun biasanya terdapat parts yang perlu ditukar.  Ini adalah kerana parts kereta ada expired. Contohnya timing belt boleh dipakai untuk 60ribu (bagi kenderaan buatan Korea) dan 100 ribu (bagi kereta Malaysia dan Jepun).

Cara Memilih Kereta Terpakai

a)Bawa pomen, sebaik-baiknya bawalah pomen itu untuk cek kereta yang anda nak beli kereta mereka merupakan pakar kereta. Sekali pandang dan sekali start sahaja pomen sudah tau baik buruknya kereta tu.

b)Periksa keadaan cat kereta. Kereta yang mempunyai cat asal adalah lebih baik untuk dibuat pilihan. Biasanya pihak used car akan cat kereta-kereta yang akan dijual supaya kelihatannya lebih menarik. Sekiranya kereta yang telah dicat semula pastikan warnanya adalah warna asal. Nak tahu warna asal cek pada bahagian enjin. Biasanya warna asal akan tercatat (engraved) pada bahagian badan kereta berhampiran dengan enjin.

1

c)Sekiranya warna yang tercatat adalah berlainan dengan warna terkini padahal kereta masih baru iaitu sekitar 5 tahun ke bawah kemungkinan kereta itu sudah mengalami kemalangan yang teruk. Catatan warna asal juga terdapat pada geran kereta.  Sekiranya warna terkini adalah sepertimana yang ada pada ‘engraving’ atau pada geran, anda boleh cek bahagian dalaman kereta seperti bahagian enjin, bahagian antara badan dan pintu kereta, dalam boot dan lain-lain bahagian terutama bahagian yang tersembunyi.

3374807418_f12e37220e_o[1]

d)Bahagian-bahagian ini pasti ada perbezaan dengan bahagian luar, biasanya bahagian dalaman kenderaan warnanya adalah pudar. Sekiranya bahagian dalaman ini ada kesan baru di cat kemungkinan juga kereta telah mengalami kemalangan atau warna pada compartment enjin totally berlainan; cth dalam compartment warna biru tetapi bahagian luar badan sudah di spray putih, confirm kereta ni ada accident teruk. Dinasihatkan juga agar tidak melihat kereta semasa hujan atau kereta basah. Kalau tengok masa ni semuanya nampak bagus.

1.Periksa bahagian bawah badan kenderaan.

Anda juga boleh cek keseluruhan bahagian bawah kereta tentang kemungkinan terdapat kesan kemek atau kedudukan parts yang tak sama. Kereta yang pernah mengalami kemalangan bahagian bawah susah untuk dibetulkan dan tidak boleh buat alignment. Jadi anda terpaksa sentiasa menukar tayar kerana bunga tayar cepat haus sebelah. Anda juga boleh cek kedudukan tayar kereta. Tayar depan mesti selari dengan tayar belakang. Boleh cek dengan cara pejam sebelah mata dari kedudukan tayar depan dan perhatikan ke arah tayar belakang sama ada tayar depan dan belakang sama atau tidak. Juga cek kebocoran minyak hitam dan minyak gear, sekiranya ada kesan minyak menitik atau kesan minyak yang banyak dalam enjin elakkan beli kenderaan ini kelak anda terpaksa menghabiskan duit untuk repair. Anda boleh juga minta supaya pihak used car repair enjin. Tetapi pada pandangan saya elakkan beli kereta ini kerana sekiranya mereka repair, mereka repair paling minima.

2.Bahagian dalaman kenderaan.

Cek bahagian dalam kereta, sekiranya bahagian dalam kereta terutama dashboard, bahagian tengah konsol gear dan lain-lain, sekiranya plastik-plastik ini tercalar dan nampak lusuh ertinya tuan asal kurang memperdulikan kenderaannya, Periksa juga semua butang dan suis, barang elektronik seperti power window, signal, lampu, wiper, aircond dan lain-lain di ‘on’,. Aku pernah terjumpa kereta yang apabila dipasang lampu besar, enjin akan terpadam. Ini bererti sistem elektriknya tidak baik. Jangan beli kereta ini. Biasanya pihak used car akan bagi kita bateri lama. Jadi demand dengan mereka supaya belikan yang baru atau pastikan voltan masih tinggi, kalau tidak jangan beli kereta ini. Pastikan aircond sejuk, sekiranya aircond tidak sejuk atau rosak, jangan beli kereta ini sekalipun salesman berjanji akan repair. Aku sendiri pernah terkena; aku dah sedar bahawa aircond tak sejuk tetapi dah berkenan sangat dengan kereta ni, aku mintak pihak used car repair. Apa yang jadi ialah semasa aku mula-mula ambil kereta tu, aircondnya sejuk tetapi setelah beberapa hari pakai aircond tak sejuk. Aku complain kat used car tu balik tapi dah terlambat, duit sudah dibayar cina tu kata tak ada perjanjian warranty.

3.Warranty

Sebaiknya anda minta warranty untuk kereta terpakai yang dibeli. Warranty kereta 2nd hand tak lama iaitu sekitar 2 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada used car. Kebanyakannya mereka tak berani nak bagi warranty kecuali pembeli yang minta. Sekiranya ada perjanjian warranty, minta salesman catat di bahagian resit. Sekiranya mereka tak berani bagi warranty lebih baik abaikan kereta tu. Used car bersepah kat mana2 terutama bandar-bandar besar.

4.Jangan tunjukkan anda terlalu berminat dengan kenderaan itu.

Sekiranya anda tunjukkan minat yang berlebihan, di sinilah pihak salesman akan berusaha memujuk anda supaya terus saja letak deposit, ingat selepas anda tinggal deposit jangan harap anda akan dapat balik duit itu melainkan anda terpaksa juga beli kereta tu atau deposit anda lesap. Sebenarnya anda mempunyai masa yang banyak untuk memilih dan memikirkan kereta yang terbaik untuk anda.

5.Periksa enjin

Buka bonet dan cek bahagian enjin. Sekiranya enjin belum dibersihkan minta salesman cuci enjin, esoknya cek sekali lagi enjin yang sudah dibersihkan dan pastikan tiada minyak yang keluar. Kemudian cuba hidupkan enjin, pastikan enjin dapat dihidupkan sekali atau dua kali start sahaja. Tekan pedal minyak dan cek asap yang keluar, jangan beli kereta yang asapnya masyaallah berkepul-kepul keluar dari exzos kecuali enjin diesel. Asap yang banyak keluar menandakan kereta kena overhaul. Tali kipas, tali aircond dan tali enjin juga pastikan tidak nampak kesan pecah. Water hose juga boleh dicek dengan ditekan dengan menggunakan dua jari, sekiranya terasa ada bunyi seperti hose sudah rapuh minta salesman tukarkan. Biasanya hose boleh bertahan sehingga 8 atau 10 tahun.

6.Mileage

Carilah kereta yang mempunyai mileage yang rendah. Kereta yang mempunyai mileage tinggi biasanya maintenencenya juga tinggi.

7.Tayar

Carilah kereta yang mempunyai tayar baru dan bunga masih banyak. Sekiranya tayar telah botak, minta salesman gantikan dengan baru – kalau dia nak bagi secondhand tyre; jangan terima. Awas! tayar 2nd hand mempunyai tarikh luput walaupun bunga masih banyak. Biasanya tayar buatan Malaysia jangka hayatnya ialah 5 tahun dan tayar import 3 tahun. Mesti diingat ramai orang sukakan tayar 2nd hand kerana ianya murah walhal tayar itu sudah tidak selamat. Banyak juga kes-kes kemalangan kerana tayar pecah.

8.Test Drive

Kereta yang nak dibeli mestilah di test drive. Sebaiknya driving yang boleh mencapai 100+ km/h. Apabila anda sedang test drive cubalah dengar bunyi2 yang asing sekiranya ada, kalau ada bunyi asing seperti bunyi bising pada gear box atau kereta bergegar sebaiknya elakkan membeli kereta ini. Ada juga salesman berkeras tak bagi kita test drive… kononnya takut rosak, so don’t ever ever beli kereta ni, kita pun mesti berkeras, tak bagi test tak jadi beli.

9.Resit Service

Sebaiknya cuba dapatkan resit service kereta tersebut dengan salesman. Biasanya kereta yang berusia 5 tahun ke bawah masih ada lagi resit-resit service sekiranya owner asal serahkan kepada used car. Masa aku trade in kereta aku dulu pun pihak used car minta semua resit service dan yang berkaitan dengannya. Pada resit ini akan tercatat semua aduan yang telah dibuat oleh tuan kereta yang asal. Jadi secara tak langsung kita akan dapat tahu sejarah service dan pemeriksaan yang telah dibuat di pusat-pusat service bertauliah

sumber: tips membeli kereta terpakai

Webpage will redirect to Green Matrik Car Rental website for booking online.

Webpage will redirect to Green Matrik Car Rental website for booking online.

Tips Menjaga Kereta Anda

autokl_tips jaga kereta

1.0  TIPS ASAS PENJAGAAN KERETA

  • Setiap 2 minggu atau 5000 km (yang mana dahulu)
  • Setiap bulan atau 2000 km (yang mana dahulu)
  • Setiap 3 bulan atau 5000 km (yang mana dahulu)
  • Setiap 6 bulan atau 10000 km (yang mana dahulu)
  • Setahun sekali atau 20000 km (yang mana dahulu)
  • Setiap 2 tahun atau 40000 km (yang mana dahulu)
  • Setiap 3 tahun atau 60000 km (yang mana dahulu)
  • Setiap 5 tahun atau 100000 km (yang mana dahulu)

1.1  Setiap 2 Minggu atau 5000 km (yang mana dahulu)

  • Periksa paras minyak pelincir dan kelikatannya. Tambah jika perlu
  • Periksa paras coolant (cecair penyejuk) di tangki radiator dan radiator reserve tank . Tambah jika perlu.
  • Periksa paras cecair pembersih windscreen. Tambah jika perlu.

1.2  Setiap bulan atau 2000 km (yang mana dahulu)

  • Periksa keadaan tayar dan tekanan anginnya.
  • Periksa paras Cecair Transmisi (ATF). Tambah jika perlu.
  • Periksa paras Cecair Brek. Tambah jika perlu.
  • Periksa paras Power Steering. Tambah jika perlu.
  • Periksa paras Air Bateri. Tambah jika perlu.
  • Pastikan lampu berfungsi.
  • Perhatikan tempat letak kereta jika terdapat tanda-tanda kebocoran
  • Sapu Wax kereta (untuk melindungi cat).

1.3  Setiap 3 bulan atau 5000 km (yang mana dahulu)

  • Periksa ketegangan Auxiliary Drive Belt (cth. Alternator Belt, Aircond Belat).
  • Periksa keadaan Bateri.
  • Periksa sesalur (Hose).
  • Periksa pengelap windscreen (Wiper).
  • Periksa sistem Ekzos

1.4  Setiap 6 bulan atau 10000 km (yang mana dahulu)

  • Tukar Minyak Pelincir dan Oil Filter  ( Setiap 6 bulan / 10000 km atau 3 bulan / 5000 km – Sila rujuk manual kereta anda (Car Owners Manual).
  • Periksa Sistem Suspensi (Suspension System) – Shock Absober.
  • Buat Tayar Rotation dan Balancing.
  • Selaraskan Karburetor (Untuk kereta yang menggunakan karburetor).
  • Periksa Fuel Filter.
  • Tukar Pengelap Windscreen ( Wiper )
  • Bersihkan Air Filter.

1.5   Setahun sekali atau 20000 km (yang mana dahulu)

  • Flush Radiator dan Tukar Coolant.
  • Servis Penyaman Udara (Air-Conditioner)
  • Tukar Air Filter.
  • Periksa Sistem Brek termasuk Brake Lining, Rotor dan Drum.
  • Periksa Sistem Pengecas Bateri (Charging SystemAlternator).
  • Buat Imbangan dan Penjajaran Roda (Wheel Balancing and Alignment)
  • Tukar Fuel Filter (untuk kereta yang menggunakan karburetor).
  • Buat Chasis lubrication.
  • Tune up Enjin

1.6  Setiap 2 tahun atau 40000 km (yang mana dahulu)

  • Tukar Cecair Transmisi Manual, Filter dan Gasket Tangki.
  • Tukar Cecair Tarnsmisi Automatik (ATF), Filter dan Gasket Tangki
  • Tukar Fuel Filter  (untuk kereta yang menggunakan Fuel Injection)
  • Sapu gris pada Wheel Bearing.
  • Minyakkan (Lubricate) semua engsel dan ibu kunci
  • Tukar Cecair Brek (Brake Fluid)
  • Tukar Spark Plug

1.7  Setiap 3 tahun atau 60000 km (yang mana dahulu)

  • Periksa wayar-wayar pada ignition (Tukar jika perlu)
  • Periksa Sistem Penyejukan (Cooling System). Tukar jika perlu (Hose).
  • Periksa ketegangan dan keadaan Timing Belt.
  • Tukar Bateri (Jika perlu)

1.8  Setiap 5 tahun atau 100000 km (yang mana dahulu)

  • Tukar Timing Belt dan Auxiliary Belts (cth. Air Cond Belts, Alternator Belts)

Tips-tips di atas ialah panduan penjagaan kereta jika anda memandu secara biasa. Pemanduan Lasak memerlukan perbatuan yang lebih rendah sebelum servis.  Jadual di atas juga berdasarkan kepada masa penyelenggaraan iatu secara umum yang selalunya dicadangkan. Oleh itu adalah lebih baik dan tepat sekiranya Manual Kereta (Owners Manual)anda dirujuk untuk  mengetahui Jadual Penyelenggaraan yang bersesuaian dengan kereta anda.

Apa yang di katakan sebagai PEMANDUAN LASAK ??  :

  • Perjalanan kurang daripada 10 batu atau 16.3 km.
  • Pemanduan “berhenti dan jalan” di bandar.
  • Memandu di tempat berhabuk.
  • Menarik Treler.
  • Kereta tidak dipandu dalam tempoh yang lama.
2.0  TIPS KENALI ASAP KERETA ANDA
  • Pengeluaran asap pada ekzos kereta BARU tidak perlu anda bimbangkan.
  • Tetapi, jika kereta telah berusia beberapa tahun, sekali-sekala perhatikan WARNA ASAP kereta anda.
  • Ini kerana warna asap memberi petunjuk jika ada masalah dengan enjin kereta anda.
  • Sebenarnya dengan melihat warna daripada asap ekzos, anda dapat meneliti proses pembakaran yang terjadi dalam Silinder Enjin. Beri perhatian pada petunjuk-petunjuk berikut :
2.1  Adakah asap kereta anda TIDAK BERWARNA atau
       sedikit BIRU ??
  • Jika ini berlaku, anda seharusnya lega kerana ia menunjukkan proses pembakaran baik dengan nisbah perbandingan campuran petrol-udara yang tepat.

2.2  Jika asap berwarna KUNING atau COKLAT,

  • Bermakna terlalu sedikit petrol yang masuk (campuran terlalu sedikit).

2.3  Asap berwarna HITAM

  • Bermakna berlaku proses pembakaran yang tidak sempurna kerana terlalu banyak petrol yang masuk.

2.4  Asap berwarna PUTIH atau KEBIRU-BIRUAN

  • Bermakna minyak pelincir ikut terbakar (di dalam Selinder Enjin).

## Nota  :

Dalam keadaan sejuk biasanya asap ekzos juga berwarna putih kerana adanya wap air, keadaaan seperti ini bagaimanapun biasanya terjadi pada setiap enjin.

Dalam keadaan asap ekzos berwarna hitam, ada beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan keadaan itu berlaku termasuk Penapis Udara (Air Filter) tersumbat, Injap Udara (Choke) tertutup atau karburetor rosak.

Sumber: Tips Menjaga Kereta

Serba sedikit perkongsian untuk pelanggan2  autokl car rental .Selamat beristirehat pada hujung minggu.

Jangan lupa Call kami untuk dapatkan harga istimewa pada hujung minggu.Sekian.

Webpage will redirect to Green Matrik Car Rental website for booking online.

Webpage will redirect to Green Matrik Car Rental website for booking online.

Jangan mudah tertipu dengan mana-mana bengkel!

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Jangan Tertipu!! Tips utk pelanggan-pelanggan Auto.KL car rental.
Jangan mudah tertipu dengan mana-mana bengkel..
(WANITA TERUTAMANYA)1. Minyak hitam.
Minyak hitam yg bukan sintetik tu – setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier.
Kalu yg sintetik – mungkin 7,500km atau 10,000km.2. Filter – sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa – 5000km
Minyak Synthetic – 7500km hingga 10000 km
Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)3. Spark plug – 20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal…benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje…Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji…

4. Bateri kereta – 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan…kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun…kalau selalu lupa topup dan selalu kering…6 bulan pun bateri boleh kong!

Free maintenance battery lain pulak ceritanya…tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu…so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai… BOSCH, CENTURY… tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!

Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..begitu la citernya!

5. Timing belt – 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun! Mekanik cina sengeh aje la, buat apa tolak rezeki dari duit orang Melayu!

6. Clutch plat – Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom “clutch slipping” berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata bila 100,000km baru tukar clutch!

7. Fuel Filter – tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.

8. Air Filter atau Filter Udara – yang ni di tukar setiap 20,000km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.

9. ATF – Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar…jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak cina yang bikin servis. Caj hanya sekitar RM200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari RM100…ikut saiz kereta anda!

10. Gear Oil – untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11. Brake Fluid dan Power Steering Fluid – Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12. Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15… selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukar sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13. Air-Cond Belt/ Alternator Belt – Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus…maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin admin ingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa”3 bulan” “6 bulan” dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau dalam bahasa enggeris lebih dikenali sebagai “preventive maintenance”

15.Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran bagi orang Melayu dan keuntungan bagi orang cina.

16.Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg di syorkan oleh pembuat alat ganti. Contohnya “shock absorber” perlu diganti setiap 20,000km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.

17. Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Kalau boleh elakkan beli minyak hitam di kedai spare part cina tersebut sebab banyak minyak cap ayam yang cina telah sediakan khas untuk tipu orang Melayu. Botol mungkin ada cap Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah made in china. Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel cina. Bos cina ini sentiasa mengarahkan pekerja cinanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refil serta bubuh seal baru supaya dapat mengaut keuntungan dari duit orang Melayu. Elok beli minyak di stesen minyak – confirmed genuine. Unless kalau betul2 yakin dgn kedai spare part yg kita beli tu. Tapi apa admin boleh katakan 90% sparepart serta bengkel cina semuanya menggunakan kaedah ini.

18. Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km utk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama – bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF – ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.

19. Flush? kalau dlm buku takde kata – maka tidak perlu. Air filter pun sama – 20,000km. Coolant – tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dgn syarat guna air suling or RO water. Timing belt – ditukar setiap 80,000km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Merekah takda, gigi still elok – tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt – tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.

20. Water pump – ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Let’s say kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge. Spark plug – every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak – engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket – tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.

21. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tp ada gak yg 7-80,000km/kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugak skit. Brake pad – tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake – pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.

22. Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yg dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000km. Admin tak begitu pasti tentang ini.

23. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik cina yang kerek dan cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000km. Tak perlu tukar pada 30,000km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sbg ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-

Camry ACV30 – enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 – enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 – enjin 1NZ-FE 1500cc

24. Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih spt sedia kala.

Webpage will redirect to Green Matrik Car Rental website for booking online.

Webpage will redirect to Green Matrik Car Rental website for booking online.

Tip Jika Terlibat Kemalangan dan Membuat Tuntutan Takaful / Insurans

Sebelum Kemalangan (ketika mengambil polisi takaful)

  1. Kita tidak tahu bila akan berlaku kemalangan, jadi ini adalah panduan ketika mengambil polisi takaful. Kalau kita tahu bila akan berlaku kemalangan, tentu syarikat-syarikat takaful terpaksa gulung tikar. Untuk panduan sebelum mengambil polisi takaful, boleh rujuk ke 9 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memperbaharui Roadtax Kenderaan di dalam nota sebelum ini. 
  2. Pastikan jumlah perlindungan yang kita ambil mencukupi. Sebaik-baiknya, ambillah perlindungan berdasarkan harga pasaran. Sekiranya kita mengambil perlindungan di bawah harga pasaran, kelak akan menimbulkan masalah untuk membuat tuntutan. Contoh, kereta saudara sepatutnya dilindungi dengan harga pasaran RM 100,000 tetapi saudara hanya mengambil perlindungan RM 80,000 sahaja. Maka apabila berlau tuntutan kelak, saudara hanya layak 80% sahaja daripada nilai tuntutan. Sekiranya jumlah kerosakan RM 10,000, saudara hanya layak RM 8000 sahaja, RM 2000 saudara terpaksa membayar sendiri. 
  3. Pastikan mengambil polisi perlindungan “comprehensive” atau menyeluruh. Jika mengambil “third party claim” atau perlindungan pihak ketiga, janganlah menyesal sekiranya berlaku kemalangan. Pernah terjadi seorang pelanggan saya yang mengambil polisi sebegini dengan dan berkata “insya-Allah tidak akan kemalangan”. Beberapa minggu sebelum polisinya tamat, keretanya kemalangan teruk! Janganlah ia berlaku ke atas tuan-tuan sekalipun hutang kereta sudah selesai. Beringat sebelum kena. 
  4. Perlindungan asas hanya untuk body atau badan kereta sahaja serta enjin. Ia tidak termasuk radio dan kaset, cermin hadapan atau windscreeen, additional driver (pemandu tambahan), bencana alam dan sebagainya. Jadi pilihlah yang sewajarnya. Dan semestinya ada premium tambahan untuk perlindungan tambahan. Umpama kita membeli nasi lemak. Nasi lemak biasa harganya RM 1.50, dengan ikan bilis, telur, sambal dan timun. Jika inginkan sotong, udang atau ayam, tentulah kita perlu membayar lebih, bukan? 
  5. Sebaiknya polisi tambahan cermin, kerana ia paling berisiko untuk retak dan pecah. Saya sendiri pernah mengalaminya; cermin kereta saya dipecahkan dan ia tiada perlindungan tersebut ketika itu, Selepas kejadian tersebut, setiap kali pembaharuan polisi, saya pastikan akan ada perlindungan untuk cermin
  6. Satu lagi perlindungan tambahan yang perlu ialah; pemandu kedua atau second driver. Selalunya ia diberikan percuma. Ia bagi memudahkan proses tuntutan sekiranya kemalangan berlaku ketika pemandu kedua yang membawa kenderaan. Selalunya pasangan. Jika tidak, seandainya pemandu lain yang membawa kereta dan kemalangan, prosesnya agak leceh dan kemungkinan akan dikenakan bayaran tambahan. 
  7. Perlindungan tambahan untuk bencana alam elok untuk mereka yang berada di kawasan-kawasan yang berisiko banjir seperti di Pantai Timur Semenanjung. Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kawasan-kawasan bandar seperti Kuala Lumpur pun mengalami banjir. Malah tempat tinggi pun banjir
  8. Ambil nombor telefon wakil atau ejen atau talian panas hotline syarikat takaful. Ia bertujuan untuk memastikan nombor-nombor ini mudah dihubungi apabila berlaku kemalangan. Ia bertujuan untuk memudahkan proses seterusnya kerana berdasarkan pengalaman saya, para pelanggan saya akan panik apabila berlaku kemalangan, walaupun sudah diberikan panduan umum semasa mengambil polisi.

Ini pula adalah tip dan panduan ketika kemalangan berlaku, di tempat kejadian.

  1. Pertama sekali, jangan panik. 
  2. Kedua pun jangan panik .Kerana situasi ini akan menyebabkan kita menggelabah dan membuat tindakan yang tidak sewajarnya. 
  3. Ketiga; jangan sekali-kali panik. Tip ini terpaksa diulang sebanyak tiga kali kerana sekiranya berlaku panik, 100 tip yang akan datang pun tiada berguna lagi. 
  4. Jika melibatkan pihak lain, elakkan berbincang (baca: bergaduh) tentang topik-topik seperti: “Salah Siapa”, “Aku Tidak Bersalah”, “Kamulah Puncanya!”, “Bukan Salah Ibu Mengandung” dan sebagainya. Sebenarnya perbincangan (baca: pergaduhan) tentang topik tersebut tidak akan membuahkan hasil kepada kedua-dua belah pihak, malah mengusutkan keadaan. Sebaiknya saling memberi kerjasama 
  5. Sekiranya melibatkan kemalangan jiwa atau kecederaan fizikal, hubungi 999 dengan segera untuk mendapatkan ambulan. Sila simpan nombor 999 ini, walaupun saranan ini lucu kedengarannya. Sekiranya panik, nombor semudah 123 pun sukar untuk diingati. 
  6. Ambil maklumat semua yang terlibat di dalam kemalangan. Maklumat-maklumat seperti nombor kenderaan, nama pemilik, nombor telefon amat membantu untuk memudahkan untuk ke membuat tuntutan. Juga maklumat tentang syarikat takaful / insurans masing-masing. Beri kerjasama kepada rakan-rakan baru tuan-tuan di tempat kemalangan. 
  7. Buat lakaran kasar tentang lokasi tempat kejadian dan lokasi kenderaan sebelum dan selepas kemalangan. Jika ada kamera adalah lebih baik. Itulah gunanya kamera di telefon tuan-tuan. Sekali lagi saran digunakan di sini bagi memudahkan proses selanjutnya. Beri kerjasama kepada semua yang terlibat untuk mengambil gambar. 
  8. Ketika ini, akan tibalah berbondong-bondong lori tunda yang “menawarkan” janji-janji manis kepada tuan-tuan, sebaiknya elakkanlah. Pernah seorang pelanggan saya, akibat terlalu panik, menerima “janji manis” tersebut sekalipun pernah diberitahu jangan berbuat demikian ketika mengambil polisi. Selepas kereta tersebut diperoleh kembali, didapati beberapa bahagian yang ditukar dengan “spare part” palsu. Saya mengesyaki ia ditukar untuk mengaut keuntungan kerana kebetulan kereta tersebut kereta baru. Apabila ditanyakan kepada bengkel, katanya ia diterima dalam keadaan tersebut daripada pihak lain iaitu lori tunda. Dalam keadaan ini agak sukar untuk mencari pihak lori tunda kerana mereka menjalankan secara “freelance” dan bukan bengkel panel. 
  9. Sebaiknya hubungi syarikat takaful / insurans untuk mendapatkan lori tunda daripada bengkel yang bertauliah. Di peringkat ini, kerjasama daripada ejen / wakil takaful amat diperlukan untuk melicinkan proses. 
  10. Kemudian, laporkan kejadian tersebut kepada pihak polis dalam tempoh 24 jam. Pastikan balai polis tersebut adalah balai polis yang “menjaga” kawasan di mana berlakunya kemalangan tersebut. Saya sendiri pernah mengalaminya sendiri, kejadian berlaku di lebuh raya. Selepas keluar daripada exit, saya dapatkan balai polis terdekat daripada exit tersebut. Rupa-rupanya balai tersebut tidak boleh menerima laporan kerana tidak “menjaga” kawasan tempat saya kemalangan. 
  11. Laporkan juga kemalangan tersebut kepada pihak syarikat takaful sekalipun tidak berniat untuk membuat tuntutan. Ia bagi memudahkan proses tuntutan sekiranya ada selepas itu. 

Proses ini selalunya dilakukan di bengkel panel syarikat takaful. Namun sebenarnya yang terbaik adalah berurusan secara terus dengan syarikat takaful, namun jarang-jarang sekali yang mempunyai masa serta kesedaran sivik yang tinggi untuk melakukannya. Jadi, untuk memudahkan urusan selalunya melalui pihak bengkel. Tetapi yang sebaiknya adalah tuan-tuan sendiri yang menguruskannya bagi mengelakkan manipulasi oleh bengkel.

Dapatkan bengkel yang terbaik. Ini adalah peringkat yang sedikit “tricky”, kerana ia tidak akan diperolehi secara mudah dan terus. Kebijaksanaan tuan-tuan diperlukan di sini.Sekiranya tuan-tuan bertanya secara terus kepada syarikat, mereka akan berikan bengkel yang terdekat. Mereka tidak akan memberitahu bengkel yang terbaik kerana bagi mengelakkan konflik dengan bengkel-bengkel lain. Jadi gunakanlah kebijaksanaan anda untuk mendapatkan maklumat ini. Contohnya jika mempunyai kenalan di syarikat takaful, ia boleh diperoleh. Maka di sinilah peranan perunding takaful tuan-tuan untuk mendapatkan maklumat ini.Satu lagi pilihan bengkel ialah bengkel franchaisor kereta saudara. Eg; kereta Toyota Wish, pergilah ke bengkel Toyota.

Sediakan dokumen yang diperlukan untuk melancarkan proses tuntutan,

  • Laporan polis 
  • Kad pengenalan pemandu
  • Lesen pemandu
  • Kad pendaftaran kenderaan
  • Cukai jalan
  • Isikan borang tuntutan dan isi sewajarnya dan hantar kepada pihak takaful. Sebagaimana nombor 1, selalunya dilakukan oleh bengkel. Tetapi yang sebaiknya adalah tuan-tuan sendiri yang menguruskannya bagi mengelakkan manipulasi oleh bengkel.

Bagi tuntutan melibat takaful kenderaan tuan-tuan sahaja, terus berurusan dengan syarikat takaful tersebut, dan berikan kerjasama sewajarnya.

Jangan sesekali mengarahkan bengkel untuk memulakan proses pembaikan sebelum mendapat lampu hijau daripada pihak syarikat takaful.

Jika melibatkan pihak ketiga, maklumkan tentang perkara-perkara yang mungkin akan dibuat tuntutan oleh pihak ketiga.

Masalah biasa yang dihadapi oleh para pemilik kenderaan ialah kereta lambat dibaiki. Ia berpunca salah satu atau kedua-duanya daripada dua sebab di bawah;

  • Syarikat takaful / insurans lambat meluluskan proses tuntutan.
  • Bengkel lambat memulakan pembaikan kenderaan.

Jadi untuk mengelakkan masalah di atas, saya syorkan lakukan perkara berikut;

  • Tanyakan kepada mana-mana bengkel panel; syarikat takaful manakah yang terbaik dalam meluluskan proses tuntutan.
  • Kemudian, tanyakan kepada syarikat takaful, bengkel manakah yang terbaik dalam melakukan proses pembaikan.

sumber : www.facebook.com/takafulkenderaan

Webpage will redirect to Green Matrik Car Rental website for booking online.

Webpage will redirect to Green Matrik Car Rental website for booking online.